skjbb.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN JANDA BAIK
BENTONG PAHANG, 28750 Bentong, Pahang. Tel : 092330363, Faks : 092330363
e-mel : skjbb@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PUSAT SUMBER SEKOLAH | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

 

                                                DEFINISI

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya.

Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang harus diurus secara sistematik.

Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

 

         OBJEKTIF

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

            Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

                                      PENGGUNAAN KEMUDAHAN

                                 

            Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

                                   PEMUPUKAN TABIAT BELAJAR

                               

            Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik

                                         PENGHASILAN BAHAN

                                

            Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

                                   PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN

                            

            Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan para pelajar

                                           KEMAHIRAN MAKLUMAT

                             

            Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran

 

                                PERATURAN DAN PANDUAN

Setiap murid diwajibkan memiliki dua keping kad keahlian bagi pinjaman buku bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kad diberi percuma dan kad yang hilang perlu dibeli dengan harga 50 sen.

     Kelewatan memulangkan buku akan dikenakan denda sebanyak 10   sen  bagi      sehari lewat dan jika buku yang dipinjam didapati rosak atau hilang    maka perlu   diganti mengikut jenis kerosakkan dan harga sesebuah buku.

 

Buku majalah dan segala peralatan yang terdapat di dalam bilik PSS hendaklah diguna dan dijaga  dengan baik dan disimpan di tempat asal selepas penggunaannya.

 

Proses pinjaman dan pemulangan buku boleh terus ke kaunter tugasan pengawas.Pelajar dilarang sama sekali membuat sebarang gangguan seperti bising atau membuang sampah di dalam bilik PSS.

Pastikan segala buku rekod penggunaan bilik PSS dilengkapkan pada buku rekod yang disediakan.

Sebarang penggunaan barang elektrik perlulah kebenaran dan pengawasan oleh guru.Pastikan lampu atau apa jua barang elektrik yang digunakan ditutup setelah selesai digunakan.

Tidak dibenarkan sama sekali membawa sebarang bahan makanan atau minuman di PSS.

Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik PSS tanpa kebenaran guru di luar waktu urusan.

Bilik penyelaras, bilik ABM dan bilik siaraya adalah kawasan larangan dan hanya pengawas yang bertugas sahaja boleh masuk.

Mana-mana murid yang banyak melakukan kesalahan semasa di PSS akan dikenakan tindakan tegas.

Buku atau segala bentuk bahan rujukan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik PSS tanpa kebenaran penyelaras PSS atau guru Sumber.

Sebarang pindaan peraturan akan dilakukan jika perlu dan bergantung dengan keadaan semasa.

 

                             JAWATANKUASA KERJA

 

NAMA

TUGASAN

PN. SHARINA FAZIDAH BT MOHD SHARIP

PENYELARAS PSS

PN ROHANA BT JAMAR

UNIT PSS

EN MOHD ZAIDI B KADIR

EN MOHD NAIN B ZIN

UNIT AUDIO VISUAL

PN. ROZIANA MOKHTAR

EN. ZUBIR B ZULKIFLI

UNIT BBM

PN NORAINI BT RAZAK

UNIT PROJEK BACAAN

 

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: