skjbb.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN JANDA BAIK
BENTONG PAHANG, 28750 Bentong, Pahang. Tel : 092330363, Faks : 092330363
e-mel : skjbb@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PUSAT SUMBER SEKOLAH | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH


Awal Mei 1939 sekolah dibina bertiangkan buluh
dan beratapkan bertam.

Cikgu Abdul Rahman b Ismail.Guru pertama
dan menerima gaji daripada penduduk kampung sebanyak 0.50 sen seorang

Sekolah Kebangsaan Janda Baik telah mula dibuka pada awal Mei 1939 atas daya usaha penduduk kampung ini sendiri. Dengan kesedaran akan betapa pentingnya pendidikan, akhirnya sebuah sekolah telah didirikan oleh penduduk kampung ini dengan bertiangkan dinding buluh dan beratapkan bertam.

Waktu sekolah ini dibuka, terdapat 34 orang murid di bawah pengelolaan seorang cikgu iaitu Encik Abdul Rahman bin Ismail. Beliau menerima gaji daripada penduduk kampung dengan bayaran sebanyak 50 sen seorang.

Dengan pertolongan pegawai Daerah Bentong ketika itu, iaitu Orang Kaya Shahbandar Dato’Hussain (Datuk kepada YAB Dato’Seri Najib bin Tun Abdul Razak) serta dengan permintaan penduduk kampung,Pejabat Pelajaran Pahang yang terletak di Raub telah menghantar seorang guru kerajaan iaitu Encik Kassim bin Ali pada 23 Januari 1940. Pada waktu itu bilangan murid telahpun meningkat kepada 40 oarng. Pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini telah berjalan lancar sehingga diperintah tutup pada 21 April 1942 (Perang Dunia Kedua)

Pembaharuan bangunan sekolah.
Bangunan sekolah telah diperbaharui
oleh Pejabat Pendidikan Pahang
pada tahun 1952.


1952. Guru Besar yang ditugaskan ketika
ini ialah Encik Othman dengan bilangan murid
melebihi 100 orang.

Zaman Pendudukan Jepun

Pada 06 Oktober 1943, sekolah ini dibuka semula dengan kehadiran dua orang guru baru iaitu Encik Ahmad Anuar dan Encik Mohd.Suah. Pada masa itu, sekolah ini lebih dikenali dengan nama ‘Sekolah Jepun’ kerana bahasa pengantarnya adalah bahasa Jepun. Keadaan ini berterusan sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua pada 23 Jun 1945.

Zaman Selepas Perang Dunia Kedua

Pada 22 Oktober 1945, sekolah ini tidak lagi dikenali sebagai sekolah Jepun. Murid ketika ini sangat sedikit iaitu 12 orang sahaja berbanding dengan sebelumnya. Kemungkinan ini adalah kesan peperangan yang berlaku di mana kehidupan penduduk kampung sangat susah dan sempit. Keperluan membangunkan ekonomi lebih mendesak daripada keperluan pendidikan. Walau bagaimanapun persekolahan tetap diteruskan dengan pengawasan Encik Abdullah bin Beng dan Puan Rahmah binti Abas. Lama kelamaan murid semakin bertambah sehingga mencapai 70 orang pada tahun 1948.

Bangunan sekolah telah diperbaharui oleh Pejabat Pendidikan Pahang pada tahun 1952. Guru besar yang ditugaskan ketika itu ialah Encik Othman dengan murid yang melebihi 100 orang.



1964. Bangunan sekolah runtuh kerana dipukul ribut.
Murid-murid terpaksa menumpang di balairaya
untuk menyambung pelajaran.


Zaman Merdeka

Selepas merdeka bilangan murid telah meningkat dengan pesat. Sehingga tahun 1963 bilangan guru di sekolah ini ialah 7 orang manakala muridnya bertambah melebihi 150 orang. Guru Besar ketika itu ialah cikgu Salleh bin Budin. Beliau telah meninggal dunia pada bulan Oktober 1963. Teraju sekolah ini telah diambil oleh cikgu Ali bin Mahat sehingga tahun 1964. Pada awal tahun 1964, bangunan sekolah ini telah runtuh kerana dipukul ribut. Keadaan ini menyebabkan murid-murrid terpaksa menumpang di balai raya dan duduk di bawah pokok untuk menyambung pelajaran. Keadaan ini berlanjutan sehingga bangunan baru sekolah dapat disiapkan pada awal tahun 1965. Bangunan baru ini mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pajabat, bilik guru, dan stor. Guru Besar ketika itu ialah Encik Mohd.Aris bin Ismail. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd.Khir Johari pada 11 Julai 1996. Ketika itu bilangan guru yang mengajar di sekolah ini ialah 8 orang, manakala murid pula 170 orang.

Pada 01 Januari 1967, Encik Mohd.Aris bin Ismail telah bertukar dan digantikan oleh Encik Mohamad bin Zakaria. Beliau telah bertugas sehingga 31 Disember 1968 dan kemudian digantikan oleh Encik Abdul Aziz bin Mahat

Selepas itu, Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Abdul Rahim bin Mat Salleh (01 Januari 1972 hingga 31 Disember 1979), Encik Mohd Noh bin Duseh (01 Januari 1980 hingga15 Ogos 1985), Encik Bujang bin Ahmad (16 Ogos 1985 hingga 31 Mac 1987), Encik Radzi bin Haji Awang (01 April 1987 hingga 16 Oktober 1987) sehinggalah kapada Encik Mohd Nordin bin Mat Kari yang memulakan khidmatnya sebagai guru besar di sekolah pada 17 Oktober 1987 sehingga 01 April 1993. Di antara 01 April 1993 hingga 16 Mei 1994 jawatan guru besar telah dipangku buat sementara oleh Guru Penolong Kanan 1 SK Janda Baik iaitu Encik Kamarul Zaman bin Jaafar. Kekosongan jawatan guru besar telah diisi oleh Encik Ibrahim bin Haji Awang mulai 16 Mei 1994 hingga 31 Disember 1995. Mulai 01 Januari 1996, jawatan guru besar telah disambung pula oleh Encik Mat Sarim bin Mat Hashim sehingga 31 Disember 1997. Mulai 01 Januari 1998 sehingga 31 Disember 2000. Encik Kadri bin Mat Jidin pula telah bertugas sebagai sebagai guru besar di SK Janda baik. Pada 01 Januari 2000, SK Janda baik telah dikemudikan pula oleh Encik Hussin bin Yusoff, beliau sehingga kini masih berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Janda Baik.

Kini SK Janda Baik merupakan sebuah sekolah luar bandar yang telah mempunyai kemudahan serta frasarana pendidikan yang seiring dengan perkembangan kemajuan pendidikan di tanah air kita. SK Janda Baik turut mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya mencapai keputusan UPSR yang cemerlang dan menduduki pelbagai sekolah yang terkenal di seluruh Malaysia. Kemudahan seperti bilik darjah yang mencukupi dan sempurna, perpustakaan yang canggih, buku yang pelbagai konsep, kemudahan Astro, guru dan kakitangan yang berdedikasi yang cekap telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan peningkatan mutu sekolah. SK Janda Baik juga saban hari dan tahun telah menunjukkan peningkatan dari segi jumlah muridnya. Pada awal Januari 2005, SK Janda Baik telah menerima murid yang berdaftar seramai 400 orang dan merupakan angka paling tinggi setakat ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 26 orang. Melihat kepada kemajuan dan perkembangan SK Janda Baik yang semakin rancak, pada tahun 2001 sekolah ini telah menerima peruntukan bagi membaikpulih serta menaik taraf bangunan , infrastruktur serta kemudahan asas seperti tandas dan kantin yang telah menelan belanja RM600000. Melalui bajet tersebut, sedikit sebanyak telah mengubah wajah serta pandangan individu terhadap sekolah. SK Janda Baik sekali lagi telah berubah wajah kepada yang lebih ceria dan cantik.

Dijangkakan pula, dalam masa yang terdekat ini SK Janda akan mengalami pelbagai perubahan selaras dengan keperluan semasa. Sebuah makmal komputer telah siap dibina pada akhir tahun 2004 dan dijangkakan pembinaan bangunan tambahan bermula dalam Rancangan Malaysia ke-9.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: